Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 12 Mac (UdaBayas) – Liga Bola Sepak Karangan menjadi acara wajib setiap tahun di Kampung Seri Karangan yang dikelolakan oleh Kelab Penyambung Warisan dan disertai oleh enam pasukan di seluruh daerah Kulim.

Perlawanan yang berlangsung selama 3 bulan ini dimulai dengan acara sepak mula yang telah disempurnakan oleh Mohd Rizal Abdul Rahman mewakili Pegawai Penerangan Daerah Kulim.

Mohd Rizal berkata beliau sangat berbangga dengan usaha penduduk kampung serta pihak kelab yang sentiasa mencari peluang memupuk semangat perpaduan melalui pelbagai acara termasuk sukan pada liga bola sepak ini.

“Saya berharap agar pertandingan yang diadakan seperti ini melibatkan golongan muda supaya aktif bersukan serta menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini

Sementara itu, pengerusi Kelab Liga Bola Sepak Karangan Che Amat Saad, 45, berharap generasi yang akan datang mampu meneruskan sukan tradisi ini dan memikul tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang bersikap toleransi dalam masyarakat tanpa mengiran kaum dan bangsa.

Hari pertama Liga Bola Sepak Karangan ini dimulakan dengan menyaksikan Pasukan Gamuda fc berentap dengan Mahang fc. Perlawanan ini dimenangi Gamuda fc dengan jaringan 2-0.

Perlawanan akhir yang akan menyaksikan 2 pasukan terakhir berentap untuk merebut gelaran juara Liga Bola Sepak Karangan 2019 pada adalah pada 31 Ogos ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan.