Laporan/foto:Mastika Hablum/Mohd Nurullail A Rahman (Alor Gajah)

Alor Gajah, 29 Apr (Udabayas) – Kementerian Pembangunan Usahawan dengan Kerjasama Media House Entertainment (MHE) dan Global Ikhwan Service & Business Holding (GISB) telah menyampaikan sumbangan kepada 33 buah masjid dalam Parlimen Alor Gajah.

Mewakili Pegawai Tadbir Agama Alor Gajah, Ustaz Muhammad Hazmi Mian telah menerima sumbangan kurma dan wang tunai bernilai seribu ringgit bagi setiap masjid yang disumbangkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Urban Development Authority (UDA).

Mohd Redzuan Md Yusof dalam majlis tersebut.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Redzuan Md Yusof ketika majlis perasmian yang berlangsung di Masjid Luqmanul Hakim Sungai Petai, semalam. Selain itu 50 orang asnaf telah menerima sumbangan seratus ringgit setiap orang dari SKM.

Menurut Datuk Redzuan Md Yusof, “Sempena dengan bulan Syaaban ini kami prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan, tambahan pula tujuh hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang zakat yang telah memberi sumbangan dan turut sama menjayakan program pada hari ini,” ujar beliau.

Selesai sahaja Majlis Perasmian yang berlangsung petang tadi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Zamzuri Arifin bersama Menteri turut singgah beramah mesra ke meja pameran Pusat Maklumat Rakyat Alor Gajah bagi melawat satu-satunya pameran yang dibuka khusus untuk jemputan yang hadir ketika program.

 

-KN