Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Kejadian ribut yang berlaku pada 5 April yang lalu telah menjejaskan beberapa buah rumah di sekitar Berapit. Kesannya rumah rosak dan ada penduduk yang perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara di kawasan berhampiran yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Oleh itu, atas inisiatif pihak ADUN Kawasan Berapit dan Kerajaan Negeri, dalam mengurang beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa terbabit sedikit sumbangan berbentuk wang tunai telah disampaikan semalam. Program penyerahan bantuan mangsa ribut ini telah diadakan di pejabat ADUN Berapit, Heng Lee Lee.

Penerima sumbangan yang di sampaikan oleh Heng Lee Lee ADUN Berapit

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah kerajaan yang mengutamakan rakyat. Dalam masa seminggu kami sudah membantu 42 buah keluarga di KADUN Berapit yang terlibat dalam bencana angin ribut yang lalu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM23,200, katanya.

Sumbangan ini dihulurkan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat, tambahnya lagi. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Phee Boon Poh (EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) kerana telah mempercepatkan proses pemberian sumbangan kecemasan ini dan tidak lupa juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Tanah dan Daerah SPT.

Tan Ah Bee, 47 mangsa bencara ribut melahirkan rasa syukur di atas sumbangan ini.Walaupun kecil ia tetap membantu kami katanya. Terima kasih kepada semua agensi yang membantu kami dalam bencana ini, tambahnya lagi. Turut hadir pada majlis ini adalah Yassir Lutfi Ahmad Lutfi, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah.