Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 7 Jan (Udabayas) – Masyarakat Penanti rata – rata memberikan respon yang postif apabila Balai Bomba dan Penyelamat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini dalam satu majlis perasmian.

YB Menteri menyeru golongan belia untuk menyertai pasukan Bomba Malaysia dan turut menggalakkan kaum wanita untuk sama – sama menganggotai pasukan uniform tersebut. Malah orang ramai juga turut sama boleh menyertai bomba sukarela di kawasan masing – masing.

Pemeriksaan Barisan Kawalan Kehormat oleh YB Menteri

Balai Bomba dan Penyelamat Penanti ini merupakan balai yang ke-19 di Pulau Pinang yang mampu meliputi 18 kilometer persegi secara keseluruhan. Ini dapat meningkatkan waktu respon serta dapat menanggani insiden – insiden di Penanti dan juga kawasan yang berhampiran,
menurut Yang Amat Setia Dato Sri Haji Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Siti Ashah Abu BAKAR ketika ditemui amat tersentuh apabila YB Menteri menyebut tentang pengorbanan Wira Merah yang terkorban berikutan insiden 6 anggota yang lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa dan juga arwah Adib yang juga terkorban  semasa  cuba mengawal ketenteraman awam dan berharap agar orang ramai menghargai pengorbanan pasukan bomba yang sanggup mengalas tugasan kebombaan yang mencabar dan menghadapi risiko yang tinggi.

Beliau juga berkata dengan adanya Balai Bomba  Penanti orang ramai akan mendapat perkhidmatan yang terbaik serta menjamin kesejahteraan awam.