Laporan & Foto oleh : Hamisah Sumar (Johor Baharu)

Johor Bahru, 23 Mei ( Udabayas) – Pada 16 Mei 2018 yang lalu, Tadika As-Sofea Bestari, Bandar Baru Uda, Johor Bahru telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat tadika.

“Hari guru bukan sambutan semata-mata tetapi ia merupakan satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid. Guru telah mendidik murid supaya menjadi insan yang berguna”

Beliau juga berkata sambutan hari guru yang diadakan bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid” jelas Maryati Noor, selaku penyelia Tadika As-Sofea Bestari, Bandar Baru Uda.

“Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sebab itu, kanak-kanak di Tadika As-Sofea Bestari ini dididik dengan bacaan yassin dan tahlil sebagai satu cara bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan yang tidak terhingga kepada kita semua” jelas salah seorang guru di tadi tersebut.

Tambah beliau, seawal pagi murid-murid telah berkumpul di sekolah tersebut yang telah dihias cantik dengan kain rentang ucapan selamat hari guru

Tujuan sambutan ini adalah untuk mengingati jasa guru yang telah mendidik murid dengan dedikasi.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang telah dipimpin oleh Ustazah Khoifah Abdullah dan disertai oleh semua guru tadika dan murid-murid tadika yang berusia 5 dan 6 tahun.

Selain itu, tujuan lain sambutan Hari Guru ialah memberi peluang kepada murid untuk membalas jasa guru. Murid-murid perlu diasuh untuk membalas jasa guru sejak dari tadika lagi supaya mereka lebih menghormati guru yang telah memberi banyak tunjuk ajar kepada mereka.

Sambutan hari guru juga memberi peluang kepada anak-anak supaya mereka sedar bahawa masyarakat berilmu wujud atas sumbangan guru. Oleh itu, masyarakat perlu memandang tinggi terhadap kerjaya dalam bidang perguruan bermula dari tadika hingga ke peringkat universiti.

Benarlah kata pepatah, tugas guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Sambutan hari guru merupakan kesempatan terbaik untuk menghargai pengorbanan guru. Oleh itu, semua sekolah sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk menyambut Hari Guru.