Laporan/foto : Nur Rezwane Md Zabidi / Salawati Mat Shariff  (Seberang Perai Utara)

POKOK SENA, 14 Apr (Udabayas) – Mobile Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara hari ini berpeluang menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada seluruh warga sekolah dan ibu bapa sempena Karnival KoKurikulum SMKA Al-Irshad Zon Utara, Peringkat Kebangsaan 2019.

Mobile PMR mendapat sambutan yang amat baik oleh pelajar sekolah dan orang ramai dengan membuat edaran secara percuma bahan-bahan penerbitan seperti poster, buku kecil dan majalah.

Pelajar mengunjungi reruai Mobile PMR untuk mendapatkan maklumat

Musliha Ahmad, pelajar menengah atas sekolah ini, edaran penerbitan ini sangat berguna dan dapat membantu dalam pembelajaran mereka di sekolah. Pelbagai maklumat dasar-dasar kerajaan dan panduan berguna diperolehi dari PMR ini, katanya lagi. Semoga Mobile PMR ini dapat dipromosikan ke sekolah-sekolah lain.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti gerai jualan makanan dan minuman oleh pelajar, sukaneka, pertandingan memasak, pertandingan kawad kaki dan lain-lain.

Karnival ini dirasmikan oleh Tuan Haji Hassan Muddin Abd.Hamid, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Malaysia.