Laporan/foto: Asmidar Zainol/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 Feb (Udabayas) – Perayaan Tahun Baru Cina bahagian Parlimen 171 Sepanggar disambut meriah dengan kehadiran lebih 3000 pengunjung.

Warga emas, Yong Ming San, 78, dan isteri, Ho Nyuk Khiew, 72, gembira dapat bersama-sama meraikan perayaan tersebut bersama rakan-rakan.

“Hari ini saya dan isteri bertuah kerana dijemput dan diraikan dalam perayaan Tahun Baru Cina bersama pemimpin-pemimpin rakyat.

Dari kiri- Christina, Shafie, Jaujan dan Liew memukul gendang sebagai gimik perasmian

“Kami juga dapat berkumpul dan berjumpa dengan rakan-rakan yang lama tidak berjumpa.

“Sekiranya dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik, tahun hadapan saya dan isteri akan turut serta lagi ke majlis ini,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, suri rumah, Nuratiqah Hansin, 28, berkata dia mengambil peluang hadir bersama keluarga untuk melihat kemeriahan sambutan perayaan.

Yong Ming San (kanan) dan Ho Nyuk Khiew (kiri).

“Anak-anak saya sangat teruja dapat menyaksikan tarian singa dan persembahan kebudayaan sepanjang program ini di samping menikmati juadah yang disediakan,” kongsinya bersama pemberita selepas perasmian Majlis Rumah Terbuka (MRT) Tahun Baru Cina Parlimen 171 Sepanggar di BSA Kolombong, semalam.

Bagi adik Lim Jia He, 7, kehadirannya ke MRT tersebut bukan sahaja untuk menikmati juadah yang disediakan tetapi juga membuat persembahan tarian bersama rakan-rakannya.

“Saya rasa teruja dan sedikit gementar kerana akan membuat persembahan tarian Haichow sebentar lagi di hadapan ribuan pengunjung.

Nuratiqah Hansin (dua dari kiri) dan anak-anaknya

“Kami juga seronok dapat melihat pertunjukan tarian singa yang amat menarik sekali,” kongsinya.

Hampir 3,000 ribu pengunjung menyertai MRT Tahun Baru Cina Parlimen 171 Sepanggar yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman merangkap pengajur MRT serta Ahli Parlimen 171 Sepanggar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong dan Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Datuk Dr Jaujan Sambakong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

EM