Laporan & Foto : Azimee Abdullah (Barat Daya)

BALIK PULAU, 30 Sep (Udabayas) – Kekurangan yang dialami orang kelainan upaya( OKU)  tidak mematahkan semangat untuk melahirkan perasaan cinta terhadap negara dengan keceriaan yang tampak di wajah golongan kelainan upaya pada program [email protected] anjuran Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya bertempat di Asia Community Service Stepping Stone Pulau Betong di sini, semalam.

Program Merdeka @Komuniti Peringkat Komuniti Pulau Betong ini menjadi platform kepada golongan oku untuk menzahirkan sifat patriotik kepada negara dan kesedaran masyarakat terhadap golongan oku yang mahu merasai kemeriahan  Sambutan Hari Kemerdekaan seperti yang lain.

Mohd Tuan, menyampaikan hadiah pertanding mewarna

Program tersebut telah di sempurnakan oleh ADUN Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail. Tuah dalam ucapannya berharap program-program seperti ini wajar diadakan untuk mendekati golongan oku agar mereka tidak berasa tersisih di negara ini.

Zumba, antara pengisian program [email protected] bersama OKU

Program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti zumba, karaoke lagu patriotik, pertandingan mewarna, deklamasi sajak dan penyampaian sentuhan kasih telah menceriakan majlis tersebut.

Hadir sama di majlis tersebut adalah  Wan Salim Rashid, Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya.

ER