Laporan/ foto: Mastika Hablum (Alor Gajah)

DURIAN TUNGGAL, 22 Nov (Udabayas) – Mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam tabah menghadapi ujian yang menimpa.

Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah mengambil pendekatan bagi meringankan tekanan mangsa banjir dengan mengadakan tayangan ‘wayang pacak’ dan permainan Kuiz Kenegaraan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Belimbing Dalam, Yusuf Ismail berkata, kehadiran Jabatan Penerangan pada malam ini memang sangat dialu-alukan, disamping mengisi masa yang ada dengan perkongsian ilmu secara kuiz malah kita dapat juga menonton filem dan mendapat tajaan makan malam dari Persatuan Sukarelawan juga.

“Aktiviti ini membawa satu pendekatan positif bagi mangsa melupakan seketika masalah bencana yang melanda rumah kediaman mereka,” ujar Yusof.

Sehingga petang semalam 6 Pusat Pemindahan di daerah ini telah ditutup secara rasminya manakala di SK. Belimbing Dalam mencatatkan bilangan seramai 274 mangsa terdiri dari 74 keluarga.