Laporan/ foto: L.Allyshia & S. Nurrul

PEKAN, 29 Nov (Udabayas)– Mangsa-mangsa bencana ribut terharu dengan keprihatinan KDYMM Pemangku Raja Pahang dengan keberangkatan baginda bercemar duli melawat rakyatnya yang ditimpa musibah.

Baginda menerima perkhabaran kejadian tersebut berkenan berangkat untuk bertemu mangsa-mangsa kejadian serta mengurniakan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Kejadian ribut yang berlaku semalam kira-kira jam 3.05 petang mengakibatkan 25 buah rumah sekitar kawasan Pekan ini terjejas.

Keadaan salah sebuah rumah selepas kejadian ribut.

Baginda turut bersimpati dan bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan jiwa serta berterima kasih atas sumbangan daripada beberapa pihak bagi membantu mangsa kejadian dan baginda turut ingin meninjau rumah mangsa kejadian dengan lebih dekat lagi.

Pada masa yang sama, baginda turut menasihati khususnya ibu bapa pada musim banjir ini supaya mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain di kawasan yang berbahaya.

-N