Laporan/foto: Ariza M.Zaki (Seberang Perai Utara)

BAGAN, 21 Jan (UdaBayas) -Bertempat di Stesen Petronas Jalan Raja Uda, syarikat Boon Siew Honda, melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial atau lebih dikenali sebagai ‘Corporate Social Responbility'(CSR) kepada orang ramai di kawasan Raja Uda, sempena dengan Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina 2019.

Syarikat Boon Siew Honda telah berbesar hati membuka beberapa tapak pemeriksaan motosikal kepada orang ramai untuk memeriksa motosikal mereka  supaya selamat ditunggang di jalan raya dan menberikan khidmat nasihat teknikal tentang prestasi motosikal mereka.

Sambutan Orang ramai terhadap program yang dilaksanakan

Encik Hakim Hawari,36 tahun telah berkerja dengan syarikat Boon Siew Honda selama 7 tahun di bahagian khidmat pengurusan pelanggan berkata,”Diharapkan orang ramai mengambil peluang ini kerana 7 bahagian asas pada motosikal akan¬† diperiksa oleh juruteknik yang telah terlatih dan pakar dalam aspek mekanikal dan elektrikal motosikal.”Antara yang akan diperiksa adalah minyak hitam,cecair penyejuk,bateri,sistem brek,tayar,rantai gegancu dan komponen elektrik seperti lampu depan,lampu belok dan lampu brek.

Lim, dengan motosikal Honda DX.

Seorang pengguna daripada Seberang Jaya,Encik Lim Liam Huat,68 tahun, tahu mengenai aktiviti ini daripada anaknya, dan beliau datang ke tempat ini seawal jam 8.00pagi untuk memeriksa motosikal Honda DX, yang mempunyai masalah pada sistem gear. Beliau yang telah menggunakan motosikal tersebut untuk ke tempat kerja selama 2 tahun ,berharap masalah tersebut dapat dibaiki kerana semasa dibelinya motosikal tersebut adalah berharga RM 4,700.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh syarikat Boon Siew Honda tidak hanya kepada jenama Honda sahaja,bahkan boleh kepada jenama-jenama yang lain.Aktiviti yang bermula dari jam 8.30pagi itu berakhir pada pukul 2 petang.