Laporan/Foto : Salawati Mat Shariff/Hanafi Sariman (Seberang Perai Utara)

 

KEPALA BATAS, 11 Apr (Udabayas) – Penduduk  berasa amat teruja melihat deruan pelumba-pelumba basikal yang melalui Jalan Bumbung Lima pagi tadi.Kejohanan lumba basikal antarabangsa, PETRONAS Le Tour de Langkawi Malaysia (LTdL) 2019 meneruskan perlumbaan sejauh 130.8km, peringkat 6 bermula dari Bagan menuju Sungai Petani, Kedah.

Menariknya, pelumba-pelumba akan melalui Jambatan Merdeka untuk merentasi Sungai Muda yang telah membentuk sempadan semulajadi antara negeri Pulau Pinang dan Negeri Kedah sejak 62 tahun lalu.  Untuk kelancaran pergerakan lalulintas dan keselamatan, Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan  menutup jalan bermula jam 9.00 pagi hingga 10.11 minit dan akan dibuka secara berperingkat selepas semua pelumba selesai melalui jalan tersebut.

awalan trafik untuk keselamatan dan kelancaran pergerakan lalulintas

Penduduk sekitar Kampung Jambatan Merdeka dilihat tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pelumba-pelumba LTdL yang akan melalui jambatan berkenaan dengan berkumpul di kawasan berhampiran. Penutupan jambatan berkenaan yang bertujuan memberi laluan kepada pelumba-pelumba LTdL serta menjadikan ianya tumpuan orang ramai dan pengguna jalanraya berkenaan.

Menurut Haninah Ahmad, 34, melahirkan rasa teruja melihat kawalan keselamatan dari pihak polis dan pelumba-pelumba LTdL ini yang diringi polis trafik serta helikopter yang mengikuti pelumba sepanjang perlumbaan ini berlangsung. Beliau yang tinggal di kawasan berhampiran tidak menyangka akan dapat menyaksikan sendiri acara yang berprestij ini didepan mata, sebelum ini hanya melihatnya di kaca tv.