Laporan/foto : Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

BERTAM, 12 Feb (UdaBayas) – Tinjauan mendapati orang ramai masih mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kepala Batas sejak beberapa hari lalu untuk membuat permohonan baharu atau mengemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019. 

Pemohon perlu hadir sendiri di mana-mana cawangan LHDNM untuk mengisi borang secara manual atau secara dalam talian melalui laman sesawang https://bsh.hasil.gov.my.

Orang ramai menunggu giliran untuk mengemaskini maklumat permohonan menggunakan komputer yang disediakan LHDN

Menurut Nor Fitriah Halim, Pegawai Sambilan BSH, setakat hari ini hampir 3,000 pendaftaran termasuk pengemaskinian telah diterima oleh LHDN cawangan Kepala Batas sejak dibuka pada 1 Februari lalu. 

Beliau menambah, permohonan akan berakhir pada 15 Mac ini dan setiap permohonan BSH akan melalui proses verifikasi terlebih dahulu dan hanya pemohonan yang melepasi tapisan sahaja layak menerima BSH. 

Seorang pemohon, Harun Mohd Isa, 48, berharap permohonannya berjaya dan bantuan tersebut dapat meringankan beban kewangannya  terutamanya untuk membuat persediaan menyambut Syawal serta persekolahan anak-anaknya seramai 5 orang.

Bantuan Sara Hidup adalah insetif oleh kerajaan dan disasarkan kepada golongan B40, boleh memanfaatkan seramai 4.1 juta isi rumah dengan bantuan peruntukan kewangan sebanyak RM5 billion seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melalui Pembentangan Baget 2019 lalu.