Oleh            :  Pradeeb Kumar Velayutham

Kuala Lumpur, 1 Julai (UdaBayas) –​  Lebih daripada  70 orang belia telah mengambil kesempatan mempelajari pelbagai ilmu asas-asas Agro-Pertanian menerusi  Seminar Transformasi Pertanian Agropreneur Muda yang dianjurkan oleh Persatuan MINDA Selangor bersama-sama Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM)  dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pagi tadi.

“ Golongan belia perlu memantapkan diri dalam dunia perniagaan, terutamanya dalam perniagaan yang berasaskan pertanian yang mana ia mampu menjana pendapatan yang lumayan ” tegas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dalam sidang media seminar tersebut.

Tambahnya  juga  Seminar Transformasi Pertanian  Agropreneur  Muda  seperti  ini  merupakan satu peluang yang terbaik  bagi golongan belia,  melibatkan diri dalam  sektor pertanian yang merupakan satu industri yang mampu memberi pulangan yang lumayan dengan usaha berterusan tetapi dengan risiko rendah.

Pada masa yang sama  NAAM  mensasarkan  untuk  melatih  2,000 orang belia dalam  sektor pertanian, penternakan dan perikanan sebelum akhir tahun ini.

PK