Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)

KULIM, 2 Feb (UdaBayas) – Pesta Ponggal Paya Besar Lunas, di sini meraikan lebih 50 penduduk tempatan berbangsa India dengan memberikan bantuan berupa barangan keperluan harian.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas Azman Nasruddin, berkata menjadi harapan untuk melihat masyarakat di sini kembali bersatu hati.

“Semua kaum tidak mengira bangsa dan agama perlu sama-sama bersatu hati dalam menjaga keharmonian dalam kalangan masyarakat di negara yang berbilang kaum ini,” katanya ketika merasmikan pesta tersebut.

Penerima bantuan, Letchumy Muniandy, 55, mengucapkan jutaan terima kasih atas pemberian bantuan tersebut.

“Bantuan ini amat saya hargai kerana dapat meringankan beban walaupun perayaan pesta ponggal ini dah berlalu hampir dua minggu yang lepas,” katanya penuh kesyukuran.

Turut hadir sempena karnival ini, Ahli Parlimen Padang Serai M.Karupaiyah.