Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak) 

KUCHING, 21 Okt (Udabayas) – Lebih 800 orang mengambil bahagian dalam larian dan aerobatho bertempat di Mydin Petra Jaya,pagi tadi.

Urusetia penganjur Zuhariah Joh berkata, Larian Dan Aerobathon ini adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Sarawak Energy Berhad merupakan salah satu medium bagi kempen kesedaran perlindungan alam sekitar dan mengurangkan jejak karbon (carbon footprint).

Beliau menjelaskan antara objektif adalah mempromosikan gaya hidup lestari dalam aspek penjagaan alam sekitar kepada orang awam di samping itu, meningkatkan kerjasama dan mewujudkan kesefahaman di antara sektor awam, sektor swasta dengan masyarakat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Antara lain ialah untuk memupuk nilai-nilai positif dan beretika terhadap alam sekitar dan meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar khususnya mengenai pengurangan pengunaan beg plastik dan amalan kitar semula.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Mohd Hidzir Bakar berkata,   larian ini adalah sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai pengurangan penggunaan plastik dan amalan kitar semula bagi memelihara alam sekitar.

“Plastik merupakan salah satu ancaman terbesar kepada bumi yang mana pembuangan plastik berbilion setiap tahun telah merosakkan alam sekitar dan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia”. jelasnya.

“Saya berharap program kita pada hari ini dapat mencapai objektif untuk menerapkan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat secara umum.”

“Suka saya menyatakan disini bahawa, pihak kerajaan amat menggalakkan dan mengalu-alukan penglibatan sektor korporat atau mana-mana pihak untuk mengadakan program bersama dengan pihak Kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup dan pembangunan lestari”.

Kerajaan tidak mampu melaksanakan secara sendirian dan sentiasa mengharapkan jalinan kerjasama secara holistik daripada semua pihak.

Pada masa yang sama Mohd Hidzir Bakar menyampaikan hadiah kepada pemenang- pemenang larian tersebut, dengan hadiah berbentuk Baucer , anak pokok, barangan sukan dan sijil.

Turut hadir adalah Group Vice President HSSE Sarawak Energy, Marconi Madai, Pengurus F & N Beverages Manufacturing Sdn.Bhd, Tan Swee Kee,Pengurus Mydin Petra Jaya, Sutaghani Ahmad Zaidoll.