Laporan dan foto : Puteri Mastasyhia Zuleha Abdullah (Marang) / Facebook Marang Kiter

MARANG, 8 Jan (UdaBayas) – Nama sahaja Pulau Kekabu, namun bukanlah sebuah pulau yang terletak di tengah-tengah lautan.

Namanya pasti menggamit kenangan bagi penduduk di sini. Keadaan pantai yang dengan pasir memutih ombak yang membiru dan deru angin pasti membuatkan para pengunjung terleka sebentar.

Antara panorama indah yang dapat dilihat di Pulau Kekabu ini.

Masih terdapat sisipan kenangan dan sejarah lama di Pulau Kekabu ini. Deretan bot-bot lama, dan rumah-rumah kayu asal yang masih lagi utuh binaanya. Jika dapat dilihat masih terdapat nelayan-nelayan yang masih menjalankan aktiviti memukat ikan pada sebelah petang, dan juga aktiviti riadah berkayak yang turut mendapat tempat di sini.

Jika dahulu Pulau Kekabu hanya dikenali dengan golongan para nelayan bersama bot pancung, namun kini Pulau Kekabu mula mendapat tempat tidak hanya bagi penduduk sekitar, malahan pelancong luar.

Selain aktiviti memukat ikan, turut terdapat aktiviti berkayak di sini.

Pelbagai kemudahan telah dinaik taraf, seperti kiosk-kisok jualan, taman permainan bagi kanak-kanak dan juga kemudahan lain untuk keselesaan pengunjung.

Juga telah wujud zon mandian selamat untuk para pengunjung yang turut dipantau oleh Anggota Pertahanan Awam Marang di sini. Diharapkan khazanah alam ini tidak rosak dengan sikap manusia, dan sama-samalah menjaga khazanah yang tidak ternilai ini.