Laporan & Foto : Suria Karim  (Seberang Perai Selatan)

SIMPANG AMPAT, 29 Sep (UdaBayas) – Mewarna, melukis merupakan aktiviti yang mudah bagi kanak-kanak lakukan bagi mengisi masa lapang mereka.  Mereka boleh menterjemahkan kegembiraan mereka melalui warna-warna yang ceria.  Itulah sebahagian kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang sama-sama menyertai pertandingan mewarna kanak-kanak sempena dengan program [email protected] Peringkat Daerah SPS bagi tahun 2018 yang berlangsung meriah di RTC Simpang Ampat, di sini kelmarin.

Ada yang bersungguh, ada yang hanya suka-suka namun itu semua tidak menjadi masalah kepada mereka dalam mencungkil bakat mahupun minat dalam acara mewarna.  Seramai 50 kanak-kanak yang hadir ditemani ibu-bapa ke pertandingan ini yang mana ia dikendalikan oleh Puan Norizan, dari Pejabat Perpaduan Daerah.

Tidak semua acara kemerdekaan perlu diadakan secara besar-besaran bagi menunjukan rasa cinta kepada Negara.

Acara yang berlangsung selama 1 jam tersebut berlangsung meriah dimana 10 pemenang dipilih yang mana tempat Ke-10 hingga Ke-4 adalah penerima saguhati.  Tempat Ke-3 dimenangi oleh Kertika a/p Thilanathan dari Tabika Perpaduan Taman Merak, Naib Johan dimenangi oleh Siti Nurirwani Maisara Mohd Erwan dari Tabika Perpaduan Taman Puteri Gunung 2 manakala Johan dirangkul oleh Nur Azyyati Sofiya Mohd Hardiha Shanwar dari Tabika Perpaduan Puteri Gunung 2.