Oleh : Abdul Waasiek Ahmad Fikri. (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 30 Sep (Udabayas) – Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas telah menganjurkan [email protected] Sri Bayu yang berlangsung di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas di sini, semalam.

Majlis yang bermula tepat jam 8.30 malam itu dihadiri seramai 100 orang yang terdiri daripada masyarakat setempat, jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas dan guru-guru.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Nazzatul Ashima Abdul Rahman dalam ucapannya kemerdekaan bukan hanya semata-mata bebas dari penjajahan kuasa luar tetapi ia menuntut untuk bebas dari penjajahan pemikiran.

Justeru beliau menyeru semua pelajar dan anggota masyarakat untuk turut bersama-sama melakukan anjak paradigma dalam mengubah sesuatu pemikiran yang kolot dan ekstrim.

Pada majlis tersebut turut berlangsung Pertandingan Pakaian Beragam yang melibatkan 10 orang pelajar.  Selain itu, terdapat juga persembahan dari Kumpulan A’rash Buskers serta persembahan deklamasi sajak oleh Muhammad Abrar Asraf, pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) bertajuk “Tanah Airku-Saksikanlah!”.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang, Haniezaida Hassan.

Turut hadir di program tersebut adalah Wan Salim Rashid, Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya dan Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) Sri Bayu, Mat Pozian Rashid.

ER