Laporan dan foto oleh: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 9 Ogos (UdaBayas) – Tarikh keramat 31 Ogos semakin hampir dan sambutan kemerdekaan bakal disambut di negara ini. Jalur Gemilang begitu megah berkibar bukan sahaja di kebanyakan premis kerajaan dan swasta bahkan di rumah persendirian dan juga kenderaan. Yang pasti, mengibarkan bendera adalah cara yang paling mudah untuk kita menzahirkan rasa cinta kepada negara dan menyuntik semangat patriotik.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil berat terhadap jalur gemilang yang telah lusuh. Perkara ini dilihat telah mencacatkan pemandangan di sekitar kawasan berhampiran.

[email protected] Abdullah,dari Kemasik

Tinjauan yang dibuat di beberapa kawasan mendapati bahawa perumahan kos rendah di sekitar daerah ini masih terdapat Jalur Gemilang yang berkeadaan kotor, lusuh dan koyak tanpa adanya inisiatif untuk mengganti atau membasuh semula bendera tersebut.

Seorang pengawal keselamatan, Pn Latifah Binti Wan Husin, 42 tahun yang ditemui berkata “kemungkinan penduduk di kawasan itu lupa untuk menjaga atau menukarkannya, mereka patut menukar bendera yang baru dengan secepat mungkin kerana 31 Ogos semakin hampir.”

Norfarahana Omar, pensyarah dari Binjai, Kemaman

Menurut seorang lagi responden yang ditemui iaitu seorang pensyarah, Norfarahana Omar, 24 tahun, beliau berasa sedih apabila melihat bendera Malaysia yang koyak dan lusuh. “Mereka sepatutnya menukar bendera yang baru sedangkan kita duduk di bumi bertuah ini sekian lama. Kita sepatutnya ada satu semangat baharu dan bangga apabila kita dapat mengibarkan bendera yang baru dan cantik” tambah beliau.

Bagi [email protected] Bin Abdullah, 41 tahun dari Kemasik pula berkata “mereka tidak bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini. Kempen berterusan sepanjang tahun harus dipergiatkan bukan hanya di bulan kemerdekaan sahaja” katanya.

Secara kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu memandang serius perkara ini sebagai tanda menghormati Jalur Gemilang kerana ini adalah lambang identiti negara yang menjadi tanah tumpah darah kita.

EM