Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Remmy Sukup (Sarawak)

OYA, 23 Jan (UdaBayas) –  Regatta Monsoon Oya akan diadakan pada  29 hingga  31 Mac 2019 seperti apa yang telah diputuskan dan dipersetujui dalam satu mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Oya  yang dipengerusikan oleh  Temenggong  Haji  Hendi  Suhai semalam.

Menurut  Konselar Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) Arini Suhaili,  Regata Monsoon Oya akan diadakan bermula pada 29 hingga  31 Mac 2019 yang mana  merupakan aktiviti perlumbaan yang julung kali diadakan pada musim Monsun dengan tujuan memenuhi aspirasi penduduk Daerah Kecil Oya untuk melihat Regatta diadakan di sini selepas kali terakhir perlumbaan perahu bidar seperti ini dijalankan sekitar tahun 2002.

emenggong Hendi Suhai (duduk tengah)yang mempengerusikan mesyuarat pertama JK Regata Monsoon Oya 2019

Arini menambah dan memberitahu bahawa Objektif penganjurannya adalah untuk mengembalikan kegemilangan dan kemeriahan  penganjuran Regatta di Daerah Kecil Oya,memupuk perpaduan di kalangan penduduk dan juga memberi peluang dan ruang kepada warga setempat untuk menambah dan menjana pendapatan melalui aktiviti ekonomi semasa regatta.

Katanya, Selain dari perlumbaan perahu Bidar,turut diadakan ialah perlumbaan Power Boat, perlumbaan perahu layar Nelayan Sungai dan juga perlumbaan Perahu Tangsi ( 7 pekayuh dan 5 pekayuh).

D’SANGLAU pula diberi kepercayaan dan penghormatan untuk mengadakan pesembahan pementasan pada sebelah malam bermula pada 29  dan 30 Mac 2019.