Laporan Oleh : Nor Aziana Azreen Roslan dan Azrul Hasan.   
 Foto oleh : Shamsul Bahari Abd. Shukor.

BALIK PULAU – 19 Mac ( UdaBayas ) – Program Fiesta [email protected] #SEMPOIBAQHANG telah berlangsung meriah dengan banjiri ribuan warga Balik Pulau baru-baru ini.

Program yang berlangsung bermula dari 16 Mac ini turut dianjurkan sempena sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah St. George dengan kerjasama RTM Pulau Pinang, Mutiara FM, Pusat Khidmat Parlimen Balik Pulau, Aspirasi Balik Pulau, dan SM St. George.

Program telah di rasmikan oleh Datuk Seri Dr. Hilmi Hj Yahya Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau.

 

 

 

Program dimulakan dengan aktiviti sihat senamrobik, funride dan walkathon pada awal pagi. Selain pelbagai aktiviti jom sihat periksa kesihatan kempen derma darah dan pemeriksaan pergigian secara percuma ditawarkan. Pelbagai aktiviti dan pameran dari pelbagai agensi jabatan kerajaan dan NGO yang mengambil bahagian pada hari ini seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Penerangan Malaysia, KEMAS, YaPiem dan lain lain.

Selain itu, pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti lain turut diadakan bagi memeriahkan lagi program. Artis-artis popular tempatan turut dijemput memeriahkan lagi Fiesta ini dengan menjayakan persembahan pada sebelah malam.

Hadir sama di majlis perasmian adalah ADUN Pulau Betong, Datuk Dr. Mohd. Farid Saad, Yah Mat Zain, Pengarah Jabatan Penyiaran Pulau Pinang dan Pengerusi sambutan 100 tahun Sekolah Menengah St. George, Prof. Madya Datuk Hj. Abdul Rashid Mohamad.