Laporan/foto: M.Syafiq Saad (Padang Terap)

 

KUALA NERANG, 19 Nov (Udabayas) – Majid Ahmad, 68, atau lebih mesra disapa Pak Jit antara 20 pemandu teksi yang masih aktif di sekitar sini yang menyara keluarganya sebagai pemandu teksi sejak tiga dekad yang lalu.

Namun, cabaran teknologi dan arus peredaran zaman membuatkan permintaan perkhidmatannya semakin menyusut dan makin terpingir.

“Pilihan pengangkutan pada masa kini amat banyak kerana pengangkutan sudah menjadi keperluan dalam kehidupan setiap keluarga.

“Pada ketika ini terdapat hanya 20 buah teksi yang masih aktif daripada 40 buah pada asalnya yang bergerak di sekitar Kuala Nerang. Walaupun tiada perkhidmatan Uber-Grab Car di sekitar Kuala Nerang perkhidmatan teksi di sini semakin lama semakin lumpuh,” ujarnya ketika ditemui pemberita.

Beliau amat mengharap agar kerajaan hari terus membela nasib pemandu teksi terutamanya pemandu teksi di pedalaman.