Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza M.Zaki (Seberang Perai Utara)

KUBANG MENERONG, 14 Feb (UdaBayas) – Dengan berkonsepkan One Stop Centre, semua produk usahawan yang mendapat permintaan pelanggan akan

dikumpulkan di satu premis yang mudah dikunjungi oleh orang ramai dan ianya dikenali sebagai RisSMart.Konsep  RisSMart adalah bertujuan menyediakan kemudahan premis perniagaan di lokasi startegik, sesuai dengan trend dan keperluan semasa bagi mempromosikan produk usahawan dan seterusnya meningkatkan pendapatan usahawan bimbingan dibawah RISDA.

RisSMart Kubang Menerong

Kini RISDA telah berjaya mewujudkan sebanyak 15 buah RisSMart di setiap Negeri kecuali di Negeri Sarawak.Selain itu konsep RisSMart Mobile bergerak terdapat 9 buah iaitu 4 buah di Perlis, 2 buah di Pulau Pinang, 1 buah di Negeri Selangor dan 1 buah di Negeri Pahang.

Konsep yang diketengahkan oleh RISDA ialah dengan melantik usahawan tunjang untuk mengelolakan operasi dan usahawan payung yang akan bertindak sebagai pembekal produk yang hendak dipasarkan.

Usahawan tempatan Noor Banie dengan produk beliau

Usahawan produk Pes Banie iaitu Pn Noor Banie by Ali, 50 tahun yang kini menghasilkan produk pes segera yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini memberitahu  “Dengan adanya RisSMart ini kami usahawan bumiputera dapat mempromosikan  produk jualan kami secara langsung kepada pelanggan selain menggunakan jualan melalui online iaitu dalam Shopee dan Lazada juga “.katanya. Diantara pes keluarkan Pn Noor Banie ialah pes Laksa Johor, Mee Kari, Kerutup, Singgang dan Gulai Kurma. 

Majlis perasmian RisSMart baru yang terbesar di Malaysia  yang bertempat di Kubang Menerong telah disempurnakan oleh Y. Bhg Tuan Haji Rosely Bin Kusip, Pengerusi RISDA Malaysia pagi tadi.