Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 30 Apr (UdaBayas) – Sambutan Hari Bersama Komuniti anjuran Pusat Internet Merbau Pulas disambut dengan meriah, apabila program yang diadakan julung kalinya ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penglibatan seramai 200 orang terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Pulas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Ketil, guru-guru, kakitangan awam serta penduduk setempat.

Pengurus Pusat Internet Siti Fasehah Mat Kasim, berkata beliau teruja dengan sambutan yang menggalakkan ini.

“Pengunjung yang hadir diberi pendedahan klik dengan bijak penggunaan teknologi  komputer yang semakin canggih tanpa mengira batas umur supaya tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan teknologi secara tidak langsung merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

“Perkembangan yang amat ketara dunia masa kini apabila berlakunya ledakan teknologi maklumat yang diperolehi hanya menggunakan hujung jari,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Pelbagai acara dan pertandingan diadakan untuk pengunjung antaranya pertandingan ‘download & menang’, dashboard komuniti, kuiz dalam talian serta pertandingan origami.