Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 11 Feb (Udabayas) – Bertempat di Food Court Garden Avenue, Taman Cheng Baru telah diadakan Sambutan Tahun Baru Cina 2019 Peringkat Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Paya Rumput di sini, semalam.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, penghormatan dan pujian harus diberikan kepada penganjuran majlis ini kerana ianya dapat dijadikan satu medan kepada pihak kerajaan untuk berkongsi kemeriahan perayaan dengan masyarakat dalam pelbagai kaum.

“Sudah tentu melalui semangat perpaduan, toleransi serta kerjasama kaum yang diamalkan membolehkan kerajaan negeri meningkatkan lagi taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri Melaka Merangkap Adun Paya Rumput, Mohd Rafiq Naizamohideen berkata majlis ini julung kalinya diadakan di DUN Paya Rumput bagi meraikan dan bersama sama menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri dalam memberikan kerjasama bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar selaras dengan objektif sebenar,” tambah beliau lagi.

Majlis yang telah diserikan dengan persembahan tarian singa dan penyampaian sumbangan kepada sekolah-sekolah di DUN Paya Rumput ini turut dihadiri oleh exco-exco kerajaan negeri Melaka.

-KN