Laporan/Foto: Ariza M.Zaki(Seberang Perai Utara)

 

TASEK GELUGOR, 3 Jan (UdaBayas) – Sekolah Berasrama Penuh(SBP), masih merupakan pilihan kepada ibubapa yang mengharapkan tempat untuk anak-anak mereka menempa kejayaan dalam pelajaran. Selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia mulai awal tahun ini, telah memutuskan untuk mengembalikan semula semangat SBP iaitu untuk membantu pelajar-pelajar berpontensi daripada golongan B40 selari dengan dasar kerajaan baharu  untuk membantu golongan kurang berada untuk memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Bagi sesetengah pelajar baru memasuki SBP, mungkin menghadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan diri kerana terpaksa mengikut garis panduan asrama dan waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Walaupun peraturan ini nampak seperti sukar untuk pelajar baru,sebenarnya lebih bermanafaat kepada pelajar tersebut kerana akan terdapat lebih masa untuk pelajar tersebut untuk mengulangkaji dan melakukan kerja-kerja sekolah,selain itu juga pelajar asrama dapat berbincang dengan rakan-rakan sekelas mereka pada waktu belajar.

Pelajar melihat nama2 mereka untuk mengetahui bilik2 yang akan diduduki oleh mereka.

Di SBP juga, pelajar akan menjadi lebih berdikari kerana akan menguruskan sendiri masa untuk belajar, membasuh pakaian, mengosok pakaian dan sebagainya. Pelajar juga akan belajar menguruskan wang saku mereka, supaya wang tersebut mencukupi sehingga akhir penggal persekolahan. Ini akan membantu pelajar tersebut untuk lebih bertanggungjawap apabila dewasa kelak. Di sekolah asrama, terdapat aktivitivi ko-kurikulum seperti bersukan, berkebun, aktiviti bersama masyarakat. Ini juga akan dapat membantu pelajar tersebut menjadi lebih berdisiplin, mempunyai jatidiri yang tinggi dan berjaya menyesuaikan diri hidup bermasyarakat.

Pintu masuk utama ke asrama perempuan

Nur Batrisya Hasminizam,15, dari SMK Kg Selamat  bercita-cita untuk menjadi guru matapelajaran matematik,adalah anak yang sulung daripada 3 adik beradik berkata, ini adalah pengalaman beliau yang pertama memasuki asrama. Perasaan takut dan rindu kepada ibubapa keluarga sudah tentu sentiasa difikirannya, namun diatas sokongan keluarga dan kawan-kawan, beliau nekad untuk datang mendaftar menduduki asrama juga.

Bagi pelajar Aini Syazwani Naseri, 16 tahun, pelajar tingkatan 4 daripada Kampung Nyior Sebatang merupakan tahun ke 4 telah menduduki di asrama, berkata amat seronok kerana dapat lebih fokus kepada ulangkaji matapelajaran dan sentiasa mendapat idea-idea baru dan pandangan daripada kawan-kawan kelas. Beliau yang bercita-cita untuk menjadi seorang Pensyarah berharap akan dapat membantu ibubapanya apabila telah berkerja nanti.

Walaupun pelajar telah memasuki asrama, ibubapa masih lagi berperanan dan bertanggungjawap memastikan dan membimbing anak-anak mereka kerana sewaktu ini, pelajar masih berada dalam proses mengenali diri sendiri dimana berlakunya pelbagai perubahan dari segi fizikal, emosi dan psikologi.Pelajar asrama amat memerlukan sokongan dan bimbingan daripada ibubapa mereka.