Laporan/foto: Nurulaini Mohd Kasran/Syarifah Alia Syed Nasir (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI 30 Apr (UdaBayas) – Manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan yang telah ditentukan oleh tuhan. Adalah menjadi satu keseronokkan jika kita dapat meraikan perbezaan ini dengan sikap terbuka dan berlapang dada kerana setiap kelebihan atau kekurangan ini wajar diraikan.

Pada 23 April yang lalu, pihak PBT pengerang sekali lagi telah menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun. Program ini turut dinamakan Program Semarak Biru di mana semua hadirin digalakkan untuk memakai pakaian berwarna biru.

Objektif utama program ini adalah untuk menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia anjuran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Dari kiri : YDP PBT Pengerang, Pegawai Daerah Kota Tinggi, serta EXCO Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat Liow Chai Tung, melihat hasil lukisan dari Anak-anak autisme

Ini merupakan tahun ke dua PBT Pengerang meraikan insan istemewa ini. Ia menunjukkan bahawa PBT Pengerang merupakan sebuah agensi yang sangat prihatin kepada anak-anak autisme.

Semenjak tahun lepas lg PBT Pengerang telah menunjukkan keprihatinan kepada golongan autisme ini dengan menubuhkan kumpulan sokongan Autisme Care @ Pengerang dan meraikan Hari Semarak Biru.

Selain itu, Autisme Cafe @ Pengerang turut ditubuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada individu autisme supaya lebih berkeyakinan tinggi dan meningkatkan kemahiran secara berkumpulan.

Hadirin yang hadir dalam Program Semarak Biru

“Masyarakat Hari ini kebanyakkannya kurang memahami apa itu autisme. Terdapat banyak persepsi negatif yang dilontarkan kepada anak-anak autisme. Oleh itu, melalui program seumpama ini, secara tidak langsung dapat mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap golongan autisme dan dapat memupuk sikap membantu anak-anak autisme untuk menjadi individu berjaya,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Dr. Sofian Brahim, Yang DiPertua PBT Pengerang Hazlina Jalil dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan.

YDP PBT pengerang, Hazlina Jalil meninjau pertandingan mewarna batik kanak-kanak autisme

Dalam Majlis ini juga, Liow Cai Tung telah menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Johor. Sebanyak sembilan buah Pusat Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Kota Tinggi telah menerima sumbangan bernilai RM2,000 dan RM20,000 pula disumbangkan kepada Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

Antara aktiviti-aktiviti lain yg turut diadakan pada majlis ini adalah pertandingan videografi kreatif, pertandingan mewarna batik, pertandingan gubahan songket, pertandingan nyanyian duet serta sukaneka istimewa.

Penyertaan adalah melibatkan 250 orang anak autisme daripada sembilan buah PDK serta 43 PPKI Sekolah Rendah dan Menengah dalam Daerah Kota Tinggi.

EM