Laporan/Foto : Muhammad Zaini Dollah
Seberang Perai Selatan

NIBONG TEBAL, 14 Mac (Udabayas) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Kelab Malaysiaku SMK Simpang Ampat telah menganjurkan Program Amalan Demokrasi Berparlimen dengan mengadakan satu sesi Taklimat dan Simulasi Pilihanraya di sini, hari ini.

Taklimat pilihanraya disampaikan oleh Pn. Hasrina timbalan pengarah pilihanraya negeri pulau pinang

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal dan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar berkaitan Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia yang disampaikan sendiri oleh Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Negeri Pulau Pinang.

Menurut Farhani Ismail,Pegawai Penerangan Daerah SPS, “selain memberi pendedahan dan gambaran sebenar proses Pilihanraya yang berlaku di negara Malaysia, kami juga turut mengadakan acara kuiz kenegaraan serta mengedar bahan penerbitan kepada para Pelajar melalui Skuad [email protected],” katanya.

PN Farhani bersama ahli kelab malaysiaku di kaunter [email protected]

Taklimat Pilihanraya disampaikan oleh Hasrina Mas’aud, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang.