Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor / Zaidi Muslim (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 1 Mei (Udabayas) – Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti merupakan salah sebuah sekolah di dalam Daerah Seberang Perai Tengah yang telah menubuhkan Kelab Malaysiaku yang merupakan sebuah kelab kokurikulum sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui penerapan nilai murni dan nilai cintakan Negara.

Kelab Malaysiaku bawah seliaan bersama Jabatan Penerangan Malaysia dengan Jabatan Pendidikan merupakan satu inisiatif murni dalam melahirkan anak pelajar yang bersemangat patriotik dan berwawasan.

Proses Simulasi Pilihan Raya sedang berlangsung

baru-baru ini, para pelajar SMK Penanti telah diberikan  pendedahan kepada Sistem Amalan Demokrasi Berparlimen Negara di mana, dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pulau Pinang satu taklimat dan simulasi Pilihan Raya telah berlangsung dan mendapat perhatian dalam kalangan anak pelajar.

Program berlangsung dengan lancar dan melibatkan anak-anak pelajar yang teruja untuk mengambil bahagian dan ini menggalakkan serta membentuk keperibadian dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan juga bersemuka.

Barisan peserta yang mengikut Program Amalan Demokrasi Berparlimen di SMK Penanti

Adik Aishah Abu Bakar, pelajar tingkatan lima yang menyertai program ini berkata beliau bersyukur dan gembira kerana terpilih untuk menyertai program hari ini kerana ia amat membantu silibus pelajarannya dan membuatkan beliau lebih memahaminya.

Apabila diajukan soalan mengenai pendapatnya mengenai cadangan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, beliau amat setuju sekiranya Kerajaan pada hari ini dapat melaksanakannya. Hal ini, merupakan salah satu medium bagi golongan belia untuk menyatakan tahap sokongan terhadap dasar ataupun isu-isu yang timbul.

Menurut Tuan Haji Mohd Munir Md Ramli, Pengetua Cemerlang SMK Penanti berkata ini merupakan satu langkah dalam usaha Jabatan Kerajaan dalam menyampaikan dasar-dasar Kerajaan. Sekaligus dapat memahami sistem demokrasi Berparlimen Malaysia dan proses pilihan raya berjalan dan mengetahui tugasan yang dijalankan oleh pihak SPR.

 

SHARE
Previous articleKomuniti Bebas Dadah