Laporan/foto: Haji Zanizal Zamani / Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 15 MAC (UdaBayas) – Penahanan seorang lelaki tempatan di tepi jalan kampung Bagan Bagan Jermal disini 13 mac yang lalu telah membawa kepada penemuan dadah jenis heroin yang diletakan di atas tempat duduk kereta jenis waja yang dinaikinya. 

Hasil soal siasat lelaki terbabit, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah Seberang Perai utara telah melancarkan serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Melur Butterworth dan membawa kepada penemuan seorang lagi suspek dipercayai adik kepada suspek pertama. 

Beberapa paket mengandungi ketulan jernih dipercayai dadah jenis syabu seberat 4.53 gram dan heroin seberat 2100 gram yang disorok dalam sebuah kotak pembesar suara telah ditemui. Turut dijumpai alat penimbang beserta alat pembungkus. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, “Kedua-dua suspek ini merupakan dalang dalam aktiviti pengedaran dadah jenis heroin dan syabu di sekitar Butterworth dan Pulau Pinang serta bergiat aktif sejak 6 bulan yang lalu. Nilai dadah dirampas dianggar berjumlah RM84,700.00,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Wang tunai dan barang kemas yg dirampas

Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah wang tunai berjumlah RM4,050.00, Barang Kemas bernilai RM14,992.00 dan 4 buah kenderaan termasuk 1 buah kenderaan yang dinaiki oleh suspek dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM97,100.00.

Katanya lagi Dadah jenis syabu yang dirampas boleh digunakan sehingga 10,500 orang penagih. Beliau berkata, suspek pertama berusia 34 tahun bekerja sebagai buruh dan memiliki tiga rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan pecah rumah, selain positif dadah jenis methamphetamine, manakala adiknyanya yang berumur 32 tahun juga seorang buruh turut Positif dadah jenis yang sama dan memiliki 3 kesalahan lampau membabitkan dadah dan Akta Imigresen.

“Kedua-dua suspek ditahan reman dibawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 20 Mac untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.