Laporan/foto: Ariza Mohamed Zaki /Hj Zanizal Zamani (Seberang Prai Utara)

Kepala Batas, 13 Mac (Udabayas) – Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) Zon Butterworth telah berlangsung selama 4 baru baru ini. Sebanyak 15 buah sekolah di Daerah Seberang Prai Utara telah menghantar pasukan masing-masing untuk merebut pingat emas, perak dan gangsa yang ditawarkan kepada pemenang yang berjaya dalam acara yang dipertandingkan

Bermula dari jam 7.30pagi sehingga jam 6.00petang, program ini mendapat sambutan daripada para pelajar, ibubapa, guru-guru dan orang awam yang datang menyaksikan pertandingan acara ini walaupun dalam keadaan panas terik demi untuk memberikan sokongan kepada pelari yang bertanding.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Selamat, Tasek Gelugor menyerahkan kepada Cikgu Mustaffa Abdul Aziz, 42 tahun sebagai pengurus pasukan mewakili sekolah serta di bantu oleh Cikgu Hayati memastikan sejumlah 32 orang pelajar sekolah diberikan bimbingan dan motivasi untuk berjaya dalam setiap acara yang dipertandingkan disamping kesihatan dan keselamatan para pelajar diutamakan terutamanya bagi pelajar yang telah berlari supaya tidak berlaku sesak nafas dan kekejangan otot.

Cikgu Mustaffa merupakan seorang guru yang mengajar matapelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam pendidikan sekolah.Setakat hari ini, pasukkan bimbingannya telah memenangi pingat emas dalam acara 200M dan gangsa dalam acara 100M dan 800M.

Pelajar melihat keputusan Penuh acara larian

Adik Mohd Muhaimin Mohd Ridzuan, 17 tahun pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat yang telah memenangi emas  acara 200M dalam pertandingan larian kelmarin dan beliau pernah mewakili Negeri Pulau Pinang dalam acara 4X100M yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan 11 tahun lepas. Beliau cukup berminat dengan acara larian sejak dari bangku sekolah rendah lagi dan sentiasa menjaga pemakanan untuk memastikan stamina dan fizikal sentiasa dalam keadaan baik.Ujarnya lagi, beliau akan membuat ‘warming up’ 3jam setiap hari untuk memastikan sentiasa ‘fit’ dalam apa jua keadaan.

Mohd Muhaimin pemenang pingat emas

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya merupakan sekolah yang memenangi tempat pertama dalam pungutan  pingat emas iaitu sebanyak 17 pingat emas dan diikuti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Butterworth dengan 13 pingat emas.