Laporan/foto: Nurazreen Bt Abd Rahman/Ariza Bt Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

Kepala Batas, 12 Mac (Udabayas)–  Sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah S.W.T, kepada ibubapa serta guru adalah resipi kejayaan Noor Amira Balqis Bt Hashim,20 tahun pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Telok Air Tawar setelah berjaya memperoleh  Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 yang diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). 

Noor Amira Balqis Bt Hashim,20 tahun pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Telok Air Tawar yang berjaya memperoleh  Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00

 Amira merupakan anak ke 6 daripada 7 adik beradik ini mengakui selain fokus pada matapelajaran dengan rajin membuat nota-nota ringkas dan menyimpan semangat untuk mencapai kejayaan dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya sentiasa bersama-sama dalam apa jua keadaan.Noor Amira Balqis merupakan antara 41 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 daripada 2,070 calon di Negeri Pulau Pinang ini.

SMKA Al Irshad antara 28 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di Negeri Pulau Pinang memperoleh kelulusan 100 peratus dalam STPM 2018

Seorang lagi pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al Irshad  jurusan agama, Nor Hazwani Bt Mohamad, 20 tahun juga memberitahu redha kedua ibu bapa serta guru juga amat penting dalam menentukan kejayaan kita selain dari  belajar bersungguh-sungguh. Beliau yang berasal dari keluarga petani amat  berterima kasih kepada guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar sehingga beliau berjaya mendapat keputusan yang terbaik. 

Ini di sokong dengan kenyataan  yang dikeluarkan oleh MPM semalam memberitahu  489 calon daripada 666 calon yang mendapat PNGK keseluruhan 4.00 atau 73.42 peratus adalah daripada golongan B40.

Sebanyak 12 daripada 28 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di negeri ini memperoleh kelulusan 100 peratus dalam STPM tahun lalu. Bagi Daerah Seberang Perai Utara, terdapat 7 buah sekolah yang mempunyai calon STPM 2018 Hanya 2 buah sekolah telah berjaya memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chuang Ling, Butterworth  seramai 84 pelajar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al Irshad, Kepala Batas seramai 22 pelajar. Daripada 2,070 calon yang mengambil peperiksaan STPM bagi tahun lepas seramai 2,069 calon layak mendapat sijil penuh.

Pelajar SMK Al Irshad yang mendapat STPM dengan agregat PNGK 3.92

Sejumlah 41 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang  Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 di negeri Pulau Pinang. 5 orang pelajar daripadanya adalah dari Daerah Seberang Perai Utara iaitu 3 orang pelajar dari SMJK Chuang Ling, Butterworth,1 orang  pelajar  dari SMK Telok Air Tawar dan 1 orang pelajar  dari SMK Desa Murni. 

Bagi kategori pelajar  Anugerah Ujian Bahasa Inggeris dan Malaysia (MUET) Pulau Pinang pula ialah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Mohitha A/P Ramachandran.