Laporan/foto: Abdul Waasiek Ahmad Fikri (Barat Daya)

BALIK PULAU, 11 Mac (UdaBayas) – “Generasi muda perlu menjadikan sukan sebagai aktiviti sihat mengisi masa lapang yang terluang”, kata ADUN Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail ketika merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Titi Teras Tahun 2019 di sini kelmarin.

perbarisan pelajar daripada rumah sukan kuning

Menurut beliau sukan adalah medium terbaik dalam menyatupadukan masyarakat serta mengikat tali ukhuwah yang erat.

“Kita seringkali bertelagah dalam isu-isu sensitif seperti politik, agama dan hak-hak bumiputra. Perkara ini membuat kita semakin renggang antara satu sama lain”, katanya.

Mohd Tuah Ismail menyampaikan ucapan perasmian.

“Maka sukan adalah medium terbaik dalam mengikat kepelbagaian budaya dan juga fahaman politik kita”, tambahnya lagi.

Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya ialah larian 100m, 200m, 400m dan juga kerusi berirama.

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Titi Teras 2019 turut dimeriahkan dengan persembahan boria oleh Kelab Kebudayaan sekolah itu.