Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza M. Zaki  (Seberang Perai Utara)

BAGAN AJAM, 11 Jan (UdaBayas) – Sebuah rumah pangsa di Taman Pantai Bersih yang disewa  musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada jam 2.45 petang, Kelmarin.

Pn.Rosnah Bt Abdullah, 63  penyewa rumah pangsa memberitahu, sebuah bilik tidur telah musnah sama sekali termasuk bilik bersebelahan akibat bahang kepanasan api. Peralatan elektrik, perabut dan bahagian dapur jugak turut terlibat rosak dalam kebakaran ini. Anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

Bilik tidur punca bermula kebakaran rumah pangsa Taman Pantai Bersih

Bagaimanapun, Puan Rosmah atau lebih dikenali sebagai Mak Teh  bersyukur kerana tiada berlaku kecederaan dan kemalangan jiwa .Semasa kejadian berlaku, beliau sedang berkerja di Sekolah Rendah Bagan Jermal sebagai pembersih kawasan sekolah.

Semasa kejadian, anak beliau Mohd Yusri Ibrahim baru sahaja balik dari berkerja dan baru sahaja tidur. Tiba-tiba beliau terhidu asap yang pedih dan ternampak api dalam bilik tidur sudah marak dan cuba memadamkan api dengan air dari tandas. Namun tidak berjaya dan asap kebakaran semakin tebal menyebabkan dia terus mengambil anaknya yang sulung dan keluar dari rumah tersebut.

Buat sementara pihak JKKK telah membuka dewan orangramai Taman Pantai Bersih untuk menempatkan keluarga mangsa sementara menunggu proses bantuan dan dokumentasi selesai dengan dibantu oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan dan pejabat penghulu daerah. Pihak Jabatan Kebajikan Daerah  Seberang Perai Utara juga menyampaikan keperluan asas bencana seperti tilam, bantal, kain selimut, kain batik dan pelikat, kain tuala serta ‘Hygiene kit’ kepada mangsa.