Laporan & foto: Ramasamy A.  

JEMPOL, 10 Jan (UdaBayas)-“Semua agensi kerajaan di bawah Pentadbiran Daerah Jempol perlu mengubah sikap yang dipraktikkan selama ini iaitu memberi perkhidmatan kepada konsep penawaran perkhidmatan kepada masyarakat”.

Demikian kata Pegawai Daerah Jempol, Zazali Salahuddin ketika menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga jabatan kerajaan pada Perhimpunan Pagi  Jabatan Kerajaan Peringkat Daerah Jempol pagi tadi.

Pegawai Daerah Jempol menyampaikan amanat tahun baharu

Tambahnya, semua agensi kerajaan terutama Pejabat Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Jempol, Pejabat Daerah Bahagian Pembangunan, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Penerangan supaya turun padang dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat dan perlu diatasi dengan kadar yang segera.

“2017 telah meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit. Sungguhpun begitu banyak kejayaan pembangunan fizikal dan sossial ekonomi dikecapi dengan dengan kerjasama semua agensi kerajaan  yang terdapat di dalam daerah ini.

“Salah satu kejayaan Majlis Daerah Jempol akan menaik taraf Majlis Perbandaran Jempol pada masa yang terdekat kerana semua syarat dan KPI seperti yang disyarat oleh kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat dipenuhi dan kini hanya tunggu kelulusan Jemaah Kabinet saja,” jelasnya.

Tambahnya, Daerah Jempol yang dikenali sebagai Agropolis akan memberi keutaman kepada Sektor Pertanian dan Pelancongan tidak wajar disandarkan kepada agensi Jabatan Pertanian   dan Jabatan Pelancongan saja malah semua agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Jempol, Pejabat Daerah Jempol, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain agensi kerajaan juga perlu memainkan peranaan penting.

“Kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa dasar baru antaranya ialah  Dasar Perumahan Negeri, Dasar Pembangunan Luar Bandar, Dasar Pendidikan Negeri dan Dasar Jaringan Keselamatan yang akan menjurus kepada pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan rakyat Negeri Sembilan.

“Lanjutan daripada itu, pentadbiran Jempol akan memberi banyak rumah mampu milik di daerah ini supaya rakyat dapat memilik rumah melalui Dasar Perumahaan Kerajaan Negeri begitu juga Dasar Pendidikan Negeri lebih ramai pelajar modal insan dapat dilahirkan di daerah ini.

“Kesemua dasar tersebut menjadi keutamaan dalam Pelan Pembangunan Daerah Jempol 30 tahun akan datang,” ujarnya.