Laporan/ Foto: Muhammad Hafiz / Pai Syahira (Pahang)

BENTONG, 11 Mac (Udabayas) – Usahawan muda, Muhammad Amirul Rafie bin Azman, 36, menceburkan diri dalam bidang pertanian dan perternakan sejak tahun 2013 di rumahnya di Kg Baru, Bentong didorong atas minat sendiri yang mendalam dunia keusahawanan.

Reban bagi penternakan anak-anak ayam kampung milik Amirul.

Pemegang diploma Teknologi Maklumat dari Management and Science University (MSU) Shah Alam ini ligat mengusahakan tanaman kontan seperti pisang, serai, cili, dan juga tumbuhan  herba seperti temulawak, halia bara dan lain-lain sejak lima tahun lalu.

Berbekalkan pengalaman dan kursus-kursus pertanian yang beliau sertai seperti kursus bawah seliaan MJ Fatonah Sdn Bhd, Kolej Komuniti dan Peladang sangat bermanfaat dan membantu beliau mengusahakan tanaman-tanaman kontan seluas setengah ekar.

Dalam pada itu, beliau juga berjinak-jinak dalam bidang penternakan anak ayam kampung sejak 2017 dan sehingga kini mampu membekalkan bagi pasaran Bentong dan daerah sekitarnya. Semuanya didorong atas semangat inovatif usahawan yang berani mencuba perkara baru dalam membina perniagaan Hub Halal.

Inkubator penetasan telur ayam kampung digunakan bagi mencepatkan pengeluaran anak-anak ayam kampung.

Beliau bersyukur mendapat sokongan dan bantuan daripada Jabatan Pertanian, Jabatan Vaterinar dan Peladang dalam bentuk ilmu dan juga khidmat nasihat bagi memantapkan serta meluaskan perniagaan sekaligus memudahkannya memajukan industri pertanian dan penternakan.

Apabila ditanya hala tuju dan perancangan akan datang, Amirul berhasrat ingin menguasahakan ladang baru bagi mengembangkan perniagaannya.

“Saya telah menyediakan pelbagai perancangan masa depan bagi membuka ladang baru dalam penanaman cIli padi dan cili Besar dengan kerjasama rakan perniagaan dan juga mengembangkan perniagaan ternakan anak-anak ayam kampung kepada penghasilan produk makanan seperti ayam kampung sejuk beku, ayam kampung berempah dan ayam kampung salai,” ujar Amirul.

Dalam mengurus penternakan ayam kampung, Amirul peka dan sangat yang menitik beratkan kebersihan terutama di reban-reban ayam dan kawasan tanaman beliau.

Meskipun pelbagai cabaran dan kesukaran beliau hadapi bagi memajukan bidang pertanian dan penternakan seperti kekurangan modal pusingan, kesukaran pemasaran serta gangguan haiwan perosak tanaman, hal-hal tersebut tidak menghalang Amirul untuk mengorak langkah ke hadapan.

“Peluang dan masa depan peniagaan ayam kampung dilihat mempunyai tempat dalam kalangan masyarakat terutama bagi permintaan pelanggan bagi mendapatkan makanan yang sihat dan halal,” ujar Amirul.

Kesibukan mengurusakan aktiviti perniagaan tdak menghalang beliau untuk meluangkan masa dalam melibatkan diri dalam persatuan dengan memegang jawatan sebagai Ahli JawatanKuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Baru, Bentong dan aktif sebagai Ketua Biro Demo dan Persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia Cawangan Pahang dan jurulatih Silat Cekak Pusaka Hanafi Cawangan Bentong.

-N