Foto : sbs.com.au

Seorang ahli perniagaan yang juga seorang Ketua Pegawai Esekutif (CEO) dari Perth, Australia telah menemui ajal semasa melakukan aktiviti parasailing. Roger John Hussey, 71, telah terjatuh pada ketinggian 70 meter (230 kaki) ketika melakukan aktiviti tersebut semasa bercuti bersama isterinya di Selatan Thailand (Phuket).

Isteri mendiang, Boosabong Tongsanga, yang sedang bercuti bersamanya berkata, Roger telah beberapa hari melihat pelancong lain melakukan aktiviti tersebut sebelum membuat keputusan melakukannya.

Menurut Lt. Col. Pichai Songmuang, Roger masih sedar ketika paramedik tiba, tetapi meninggal semasa di hospital. Pengusaha dan pemandu bertanggungjawab telah didakwa atas kecuaian.

Sumber : Berita TV9

RDL