Laporan dan Foto oleh Suhairi Ishak (Segamat)

SEGAMAT, 7 Ogos (UdaBayas) – Segala pengorbanan dan penat lelah Wan Hassan Wan Abas selama 36 tahun mendidik anak bangsa, dibalas apabila beliau dipilih menerima Anugerah Tokoh Guru Agama Johor 2018 dalam Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri Kali Ke 21, di Dewan Muafakat Taman Yayasan Segamat, kelmarin.

Wan Hassan menerima anugerah yang disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan.

Anugerah telah disampaikan Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Negeri Aminolhuda Hassan, mewakili Menteri Besar Johor.

Wan Hassan Wan Abas yang dilahirkan di Kampung Alai Segamat pada 7 Feb 1950. Mempunyai seorang isteri dan 7 cahaya mata. Beliau memulakan alam persekolahan peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Gemereh sehingga darjah 4 dan menyambung persekolahan pendidikan agama serta melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab Segamat dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Tinggai Arad iaitu Maahad Johor.

Sebagai seorang Guru Agama Kerajaan Johor yang dilantik pada 1 Sept 1970, beliau berpegang  kepada prinsip “Guru perlu mempunyai sifat sabar, dedikasi serta ikhlas di dalam tanggungjawab mengajar dan mendidik”.

Berkat usaha gigih beliau  pada tahun 1980 beliau dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Agama Gemereh kemudian pada 7 Feb 2006 Wan Hassan bersara sebagai Penyelia Pendidikan Agama Daerah Segamat setelah berkhidmat selama 36 tahun dalam perkhidmatan awam.

Sepanjang perkhidmatan, beliau turut pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1995, 1998 dan 1999. Beliau juga pernah menerima Pingat Anugerah Guru Aktif  pada tahun 1997 dan Tokoh Guru Agama Daerah Segamat tahun 2007.

Atas mengenang jasa bakti yang ditabur, Kerajaan Negeri Johor telah memberi pengiktirafan kepada Wan Hassan sebagai Guru Agama Johor 2018. Beliau menerima sebuah plug,senaskah kitab, sijil dan wang tunai sebanyak RM5000.00

  • AA / RDL