Laporan dan foto : Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 11 Jan (UdaBayas) – Menjadi orang kelainan upaya (OKU) bukanlah sesuatu yang mudah, namun itu bukanlah penghalang utama untuk berjaya.

Moksu menunjukkan pakaian tempahan pelanggan yang telah disiapkan.

Bagi Siti Hajar Binti Abdul Manan,48, atau lebih mesra di sapa ‘Moksu’, kecacatan lutut bengkok yang dialaminya sejak 27 tahun dahulu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berusaha mencari rezeki untuk keluarganya.

“Moksu mula menjadi tukang jahit sejak tahun 2007 lagi dan dengan pendapatan tersebut dapatlah moksu membeli barang keperluan dapur serta membayar ansuran bulanan kereta.

“Dalam sebulan Moksu mampu memperoleh sekitar RM700 bergantung kepada tempahan yang diterima serta tahap kesihatan,” ujarnya yang turut mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.